• Breaking News

    Monday, 2 January 2017

    LAZIMKAN SUNNAH

    LAZIMKAN SUNNAH

    1. MENGUAP:

    LAZIMNYA...
    Menguap tanpa menutup mulut.



    SUNNAHKANNYA DENGAN...
    Tutup mulut dengan tangan. Selain nampak lebih beradab dan sopan, kita melindungi orang lain daripada penyakit berjangkit.

    2. BERSIN:
    LAZIMNYA...
    Ramai orang bersin dengan suara yang kuat.



    SUNNAHKANNYA DENGAN...
    Mempertahankan suara ketika bersin dan menutup mulut dengan tangan atau kain. Serta iringi dengan ucapan 'Alhamdulillah'.

    3. MEMAKAI SANDAL ATAU KASUT:
    LAZIMNYA...
    Sering kali menyarung sandal atau kasut kerana keselesaan.

    SUNNAHKANNYA DENGAN...
    Niatkan ketika memakainya adalah kerana mengikut sunnah. Selain selesa, insya-Allah juga berpahala sepanjang memakainya.

    4. DAHULUKAN KANAN:
    LAZIMNYA..
    Jarang sekali kita peduli urusan harian seperti mandi, menyisir rambut, memakai pakaian dan sebagainya didahulukan dengan bahagian yang mana satu.

    SUNNAHKANNYA DENGAN...
    Laksanakan semua urusan ini dengan mendahulukan sebelah kanan terlebih dahulu. Namun jika memandu kereta, jangan pula melangkah masuk dengan kaki kanan. Nanti tergeliat pula.

    5. KIRIM SALAM:
    LAZIMNYA...
    Jika tidak bertemu, kita hanya mengirimkan salam.

    SUNNAHKANNYA DENGAN...
    Bukan sekadar kirim, tetapi turut mengucapkan salam tersebut dan mendoakannya.

    No comments:

    Post a Comment

    UMUM

    http://caknaislami.blogspot.com/search/label/Umum

    Doa

    Hukum